Alhamdulillah, Syukur kehadrat
Illahi, selawat dan salam ke atas Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kerana
dengan izin-Nya maka tertubuhlah Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF)
di Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 7hb Disember 2012 bersamaan 23 Muharram
1434H. Penubuhan MADTAAF ini telah dianggotai oleh beberapa orang yang berkelulusan
Diploma dan Ijazah.
Ia juga mendapat sokongan
dan bantuan dari semua individu dan organisasi tanpa mengira keuntungan peribadi
bagi mengukuhkan penubuhan institusi hufaz Al-Quran di Johor Bahru dan
sekaligus di negeti Johor Darul Takzim. Bahkan negara akan lebih diberkati jika
ramai rakyatnya menguasai ilmu Al-Quran terutamnya dalam menghafaznya.
Seperti kita sedia maklum
dan yakini, ilmu Al-Quran adalah super
set kepada segala ilmu di dunia ini. Oleh itu ilmu-ilmu yang lain akan menjadi
mudah untuk dipelajari jika seseorang itu berjaya menghafaz Al-Quran. Justeru, anak-anak
yang memulakan sekolah dengan membaca Al-Quran dan menghafaznya, tidak menjadi kerumitan
baginya untuk menguasai apa jua ilmu selepas itu.
Pihak pengurusan MADTAAF
yakin dan percaya, ramai lagi individu yang akan tampil untuk memberikan segala
bentuk bantuan bagi memastikan institusi ini terus menghasilkan generasi
Al-Quran yang berdisiplin, berwibawa serta berilmu.
Oleh kerana organisasi MADTAAF
ini bukanlah organisasi yang menjanakan keuntungan sebaliknya sebuah organisasi
pendidikan Al-Quran, maka sumbangan di dalam apa jua bentuk samada bangunan Madrasah,
wang ringgit, harta benda dan buah fikiran amatlah dialu-alukan demi mencari keberkatan
hidup didunia dan akhirat.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud“
“Sesungguhnya
seorang hamba itu apabila bersedekah dengan baik Allah akan menerimanya dan
Allah akan mengambil dengan tangan kananNya. Allah akan memelihara dan menjaganya
dengan sebaik-baiknya sebagai mana seseorang kamu memelihara dan menjaga benih tanamannya.
Dan seseorang yang bersedekah walau pun dengan sesuap makanan, ia akan membiak dalam
peliharaan Allah sehingga akhirnya menjadi sebuah bukit. Maka bersedekahlah oleh
kamu”
2.0
: OBJEKTIF MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL FAIZIN |
Antara
objektif penubuhan Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin ini adalah seperti berikut:
2.1 Untuk melahirkan
para Huffaz yang cemerlang serta berdisiplin tinggi dalam usia yang masih muda.
2.2 Untuk memperkenalkan
kaedah hafalan Al-Quran sistem Negara Turki yang merupakan kaedah terbaik, cepat dan bersistematik.
2.3 Untuk mendekatkan
diri serta mewujudkan budaya mencintai Al-Quran di dalam kehidupan seharian masyarakat
Islam.
2.4 Untuk menjana
ahli keluarga Islam yang menghayati, mengamalkan serta menyebarkan Syiar Islam
sebagai satu cara hidup melalui anak didik yang dilahirkan dari Madrasah Tahfiz
Al Quran Al Faizin.
3.0
: LATAR BELAKANG MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-FAIZIN |
Madrasah
Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) telah ditubuhkan pada 7hb Disember 2012
bersamaan 23 Muharram 1434H. MADTAAF telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama
Johor dan telah mendapatkan kelulusan pada 14
JUN 2013 dibawah Pengesahan Nombor Pendaftaran MADTAAF : JAJ.PEND.301.01/177/4-63. MADTAAF juga telah
mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama Madrasah Tahfiz
Al Quran Al Faizin dengan Nombor Pendaftaran SSM : JM0659016 – D.
MADTAAF
telah beroperasi pada awal Februari 2013 bertempat di No 37 Jalan Bukit Kempas
2/8 Taman Bukit Kempas Tampoi 81200 Johor Bahru,Johor. Pusat pengajian tahfiz ini
telah menggunakan kaedah sistem hafalan Al-Quran dari Negara Turki yang mana ia
merupakan kaedah yang bersistematik dan berkesan. Tempoh pengajian di sini adalah
di antara 2 hingga 3 tahun untuk khatam 30 Juzuk hafalan Al-Quran.
Pihak
MADTAAF juga amat berkeyakinan dapat merealisasikan objektif pengajian tahfiz ini
demi kebaikan generasi Al-Quran serta masyarakat Muslim di dunia dan akhirat.
Berbekalkan dari tenaga pengajar yang berkelulusan tinggi dari negara Mesir beserta
sokongan masyarakat Islam, In sha Allah pusat pengajian ini akan terus dimanfaatkan
demi mencari keredhaan Allah.
4.0
LOKASI DAN ALAMAT |
Madrasah
Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) telah beroperasi di No 37, Jalan Bukit
Kempas 2/8 Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor. Pihak pengurusan
MADTAAF akan menyewa bangunan ini dan akan dijadikan pusat pengajian tahfiz.
Lokasi
ini bertempat di kawasan perumahan dan MADTAAF akan bertapak di kawasan tersebut
sekaligus akan berkhidmat untuk masyarakat setempat bagi pengajian Al-Quran
khususnya kepada golongan anak muda di kawasan tersebut.
Ini
adalah kerana MADTAAF akan mengadakan program Klinik Al-Quran pada waktu malam dari
jam 8.00 malam – 10.00 malam pada hari-hari tertentu.
5.0 : AHLI LEMBAGA
PENGURUSAN TAHFIZ AL-QURAN AL-FAIZIN
|
PENGERUSI / MUDIR
USTAZ
ABD HAFFIZD BIN ABD KARIM |
TIMBALAN PENGERUSI / TIMBALAN MUDIR
USTAZ
MOHAMAD HELMI BIN SIDEK |
SETIAUSAHA USTAZAH
NURAFNI BINTI ABBAS |
BENDAHARI
USTAZAH
EFA SULFANA BINTI KHASANUFA |
6.0 : KURIKULUM &
KO-KURIKULUM
|
PUAN
NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMED |
USTAZ
SHAREEL AZMIE BIN SIONO |
USTAZ
AHMAD WA’IE MU’INUDDIN BIN OMAR |
Berikut
adalah merupakan Kurikulum & Ko-Kurikulum yang telah dilaksanakan di Madrasah
Tahfiz Al Quran Al Faizin yang mana ia telah menumpukan kepada hafalan Al-Quran
sebagai Kurikulum utama beserta Ko-Kurikulum yang lain. Pihak pengurusan
Madrasah juga telah menggunakan kurikulum dari Jabatan Agama Johor sebagai
kurikulum tambahan untuk para pelajar.
KURIKULUM
ü Tahfiz
Al-Quran - Muamalat
ü Qiraati - Faraid
ü Bahasa
Arab - Munakahat
ü Tauhid - Tafsir Al
Quran
ü Feqah - Ibadat
ü Tajwid - Hadis
ü Jenayat
ü Sirah
ü Akhlak
KO-KURIKULUM
ü Liqa’
Rohani
ü Rehlah
ü Riadhah
ü Tazkirah/Usrah/Pidato
ü KuliahMagrib
& Subuh
ü Buletin
MADTAAF
ü Program
Mukminah Sejati
ü Program
Keluarga Ku Mithali
AMALAN
TARBIYAH
ü Puasa
Sunat
ü Solat
Sunat
ü Bacaan
Mathurat
Semoga dengan adanya maklumat ini dapat memberikan sedikit
penjelasan mengenai Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin. Pihak MADTAAF sentiasa bersedia
menerima apa jua pandangan demi kebaikan Masyarakat Islam.
Segala bentuk sumbangan dan bantuan amatlah
dialu-alukan dan bolehlah disalurkan kepada akaun Maybank Madrasah Tahfiz Al
Quran Al Faizin no akaun (551623198149).
Semoga segala sumbangan yang
disalurkan akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT yang mana sesuatu
keredhaan Allah bukanlah hanya bergantung kepada seseorang individu itu, tetapi
ianya juga bergantung kepada usaha jemaah masyarakat Islam yang berkemampuan dari
segi tenaga, masa dan harta benda
Semoga Allah memudahkan segala usaha kita serta melimpahkan
rezeki yang barakah dan diberi kebahagian hidup di dunia mahupun diakhirat.
Sekian,
Terima Kasih. Wassalam.
No comments:
Post a Comment