Social Icons

Contoh scrolling text

Wednesday, 25 September 2013

PROGRAM MADTAAF ZIARAH PESANTREN DI BATAM INDONESIA


Program MADTAAF Ziarah Pesantren di Batam Indonesia telah di adakan pada 12 September 2013 hingga 14 September 2013,Hari Khamis hingga Sabtu.Kami (MADTAAF) berada di Panti Asuhan Al Ukhuwah Al Islam Kota Batam,Indonesia.

Selain Ziarah Pesantren,MADTAAF berkesempatan Ziarah Radio HANG.FM 106.00 Siaran Radio yang tidak melampau dan boleh di banggakan kerana Siaran di Radio tersebut penuh dengan Pengisian Ilmu Seperti Tazkirah dan Soal Jawab mengenai Agama,Nasyid dan Alunan Zikir-zikir yang memuji Allah S.W.T.Begitulah Siaran Radio Harian di HANG.FM 106.00 Batam Indonesia.

Di Panti Asuhan Al Ukhuwah Al Islam Kota Batam Indonesia mempunyai pelajar yang berstatus Anak Yatim dan Fakir Miskin hampir 100 orang.Semuanya di asuh dan di didik dengan Ilmu Agama dan Menghafaz Al Quran sepanjang hari.Alhamdulillah MADTAAF adakan hubungan baik bersama Panti Asuhan Al Ukhuwah Al Islam Kota Batam Indonesia.

Sepanjang program tersebut MADTAAF banyak menimba Ilmu daripada orang yang lebih berpengalaman dan tujuan program tersebut untuk mendapatkan ilham dan ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk setiap pengurusan MADTAAF supaya lebih mantap dan juga dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar MADTAAF dan menjalinkan Hubungan Silaturrahim dan Ukhwah Fillah.Mudah-mudahan hubungan ini terus kekal dan MADTAAF tidak sabar untuk menerima kunjungan Ukhwah Fillah semula dari Pihak Panti Asuhan Al Ukhuwah Al Islam Kota Batam Indonesia.

Akhir sekali Pihak MADTAAF mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Pihak Panti Asuhan Al Ukhuwah Al Islam Kota Batam Indonesia kerana menerima kehadiran kami dan memberi layanan yang baik dan terbaik.Kenangan di sana tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila.

Pengalaman dan penghargaan yang tidak dapat dilupakan Pengetua/Mudir MADTAAF Ustaz Abd Haffizd Bin Abd Karim dapat berkhutbah Jumaat serta mengimamkan Jumaat di Masjid di kawasan Batam Indonesia.Mudah-mudahan selepas ini kita dapat bertemu semula pada hari yang akan di rancang untuk mengadakan program yang berfaedah dan bermanfaat.

Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
In Shaa Allah berjumpa lagi.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEPANJANG BERADA DI BATAM


MENITIS AIR MATA KERANA INGIN MENINGGALKAN 
PANTI ASUHAN AL UKHUWAH AL ISLAM
KOTA BATAM INDONESIA
INI


TEMPAT ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN MENUNTUT ILMU


UJANG DAN WAK SAHRI
SENTIASA MELAYAN KARENAH KAMI


PROGRAM USRAH BERSAMA
MUROBBI-MUROBBI
PANTI ASUHAN AL UKHUWAH AL ISLAM
KOTA BATAM INDONESIA


MUDIR/PENGETUA
USTAZ ANHARY BASHA
BANYAK KAMI DAPAT NASIHAT DAN AMANAT
DALAM MENGURUSKAN SESEBUAH INSTITUSI


URUT KAKI SEBELUM PERLAWANAN
FUTSAL MAHABBAH BERMULA


PERLAWANAN FUTSAL MAHABBAH BERSAMA
MUROBBI-MUROBBI
PANTI ASUHAN AL UKHUWAH AL ISLAM
KOTA BATAM INDONESIA


MADRASAH IBTIDAIYAH NEGERI SAGULUNG


PESANTREN NURUL ILMI


BERSAMA PELAJAR-PELAJAR
PANTI ASUHAN AL UKHUWAH AL ISLAM
KOTA BATAM INDONESIA






SEMUANYA KENANGAN MANIS
YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN


SEMPAT KAMI BERJALAN KE JAMBATAN BARELANG
BATAM INDONESIA


UKHWAH FILLAH INI
MUDAH-MUDAHAN KEKAL SAMPAI 
KE SYURGA


RADIO HANG.FM 106.00
BATAM INDONESIA
ON AIR


PERJALANAN PULANG KE JOHOR BAHRU
MALAYSIA


MUDAH-MUDAHAN UKHWAH FILLAH WAL MAHABBAH INI BERKEKALAN
HINGGA KE SYURGA
AAMEEN YA ROBB

       سيروا على بركة الله 

Thursday, 5 September 2013

PERASMIAN MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL FAIZIN (MADTAAF),MERAIKAN PELAJAR KHATAM AL QURAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI


      1 SEPTEMBER 2013 - Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) telah di rasmikan oleh Dr.Mazri Bin Yahya,Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Johor (PAPISMA).Telah di tubuhkan nama Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAAF) pada 7hb Disember 2012 bersamaan 23 Muharram 1434H dengan kerjasama beberapa orang Murabbi dan Murabbiyyah taraf lulusan Diploma dan Ijazah.Sokongan serta bantuan dari semua individu dan organisasi tanpa mengira keuntungan peribadi mengukuhkan penubuhan Institusi Hafaz Al Quran di Johor Bahru sehingga hari ini.


      3 FEBRUARI 2013 - Telah di buka pendaftaran untuk pengambilan pelajar baru (perempuan) dari umur 7 Tahun hingga 20 Tahun dengan syarat berminat selain Lulus Temuduga dan Tidak Lulus Temuduga.Sehingga kini Pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) sudah di daftarkan seramai 13 orang.Alhamdulillah dengan jumlah ini dapat kami bertungkuh lumus untuk memantapkan Pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) dari segi Bacaan dan Hafazan dari hari ke hari sehingga mereka benar-benar menjadi seorang Hafizah yang bertaqwa.


      17 JULAI 2013 - Filza Amira Binti Roslee telah berjaya menamatkan Hafazan beliau dengan menggunakan Sistem Turki.Kini beliau sedang usaha memantapkan Hafazan sehingga Akhir Tahun 2013.In Shaa Allah beliau akan sambung ke UNISEL pada tahun 2014 untuk mengikuti Program Fast-Track SPM.Mudah-mudahan cita-cita beliau untuk menjadi seorang Hafizah Profesional di Maqbulkan dan di perkenankan oleh Allah.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI PERASMIAN MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL FAIZIN (MADTAAF),MERAIKAN PELAJAR KHATAM AL QURAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI


(PENGERUSI MAJLIS YANG MANTAP)
DAH BOLEH JADI PENGERUSI MAJLIS KONVOKESYEN


DR.MAZRI BIN YAHYA 
PERASMI PROGRAM BERSAMA DENGAN PENGIRING BELIAU 
YANG BERBAHAGIA ROSLI BIN KEMIN 
SERTA PENGETUA MADTAAF


PEMBUKAAN DENGAN BACAAN AYAT SUCI AL QURAN
(ADIK NUR NAJWA NAJLA BINTI ABD MALIK)


ROMBONGAN PELAJAR MADTAAF MENGIRINGI 
ADIK FILZA AMIRA BINTI ROSLEE
YANG BARU SAHAJA
KHATAM AL QURAN


DI SAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG 
YANG MERIAH SERTA HADIRIN


TANGISAN KEGEMBIRAAN SEORANG IBU
YANG MELIHAT ANAKNYA BERJAYA 
MENGKHATAMKAN HAFAZAN


PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA IBU BAPA 
YANG DI SERAHKAN OLEH 
ANAKNYA ADIK FILZA AMIRA BINTI ROSLEE


UCAPAN PENGETUA
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL FAIZIN
(MADTAAF)
ABD HAFFIZD BIN ABD KARIM


DR.MAZRI BIN YAHYA MERASMIKAN 
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL FAIZIN 
(MADTAAF)



MENGETUK GONG TIGA KALI DENGAN LAUNGAN TAKBIR ALLAHUAKHBAR
 SEBANYAK TIGA KALI,MEMOTONG REBEN PADA BANTING
 DAN 
TANDATANGAN PERASMI
DR.MAZRI BIN YAHYA
PENASIHAT
PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA JOHOR
(PAPISMA)

Dengan Ini Ahli Jawatankuasa Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Perasmi Dr.Mazri Bin Yahya serta Ibu Bapa Pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) serta penyumbang-penyumbang yang tidak putus-putus menyumbang dari segi idea,tenaga dan wang ringgit tidak kira apa jua bentuk sumbangan kami sentiasa hargai.Tidak lupa kepada yang sering menunjuk ajar dan membimbing serta menasihati kami dari segi Pengurusan Organisasi Madrasah Tahfiz Al Quran Al Faizin (MADTAAF) yang tidak putus-putus sehingga kini.

                                                          سيروا على بركة الله                                                                                                                      


 
AHLAN WASAHLAN DI BLOG MADTAAF